Saturday, November 30, 2013

Hello World!

Post pertama. Blog ni hanya untuk berkongsi hasil cubaan menanam pelbagai sayuran. Kawasan pun terhad. Jadinya hanya sekadar untuk hobi dan menghabiskan masa yang terluang. Banyak jugak belajar pelbagai ilmu yang berkaitan dengan pertanian.

Buat masa ni hanya ruang belakang rumah menjadi kawasan untuk menanam. Itu pun dalam polibeg. Kos murah dan senang untuk diselenggara. Setiap kali tanam benih, akan rekod dalam kalendar supaya boleh dapat agak bila masa dapat tuai hasilnya.

Untuk blog ni plak, sekadar tambahan untuk kongsi gambar hasil dari apa yang ditanam selama ni. Buat masa sekarang, ini adalah antara sayuran yang telah sedia ditanam. Sesetengahnya sudah pun mengeluarkan hasil.
  1. Bendi
  2. Terung 
  3. Cili
  4. Kacang Panjang
  5. Kobis Ong King
  6. Timun
  7. Tomato
  8. Selasih wangi
  9. Lobak Putih
  10. Sawi Tangkai Putih
Benih sebahagiannya saya dapatkan dari tanamsendiri.com(Set beginner). Selebihnya dari nursery dan juga MARDI (beli masa ekspo MAHA). Harapnya diberi kekuatan dan masa yang terluang untuk terus memaparkan hasil kat sini.